Sunday, March 21, 2010

Rakyat bodoh????

DURI- INILAH ARTIKEL YANG DITULIS OLEH ORG YG X CERDIK......KT BAWAH ARTIKEL NI, TERUS TERANG DIA TULIS HASIL IMAGINASI DIA....SO, MMG DIA SLALU BERIMAGIANSI LAAA....

Jika rampasan kuasa di Perak tidak menjadi masalah kepada mereka, malah disokongnya, apa pula yang nak dibisingkan pada perancangan 916 yang tidak kesampaian?

Mengapa mereka begitu percaya pada satu kenyataan pengkhianat amanah rakyat yakni ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim yang menghebohkan tentang konspirasi 916 yang telah berlalu sekian lama?

Mengapa pula mereka tidak pula pergi membuat laporan polis terhadap 8 ahli Parlimen daripada BN yang didakwa akan melompat sekiranya 916 berlaku untuk mengesahkan kesahihan dakwaan pengkhianat rakyat tersebut?

Dalam isu royalti minyak pula, apabila kehabisan hujah untuk menangkis kenyataan-kenyataan berfakta Tengku Razaleigh Hamzah, ketua mereka mengambil pendekatan untuk melakukan serangan peribadi dengan berkata:

"Masalahnya, hari ini saya melihat Ku Li (Tengku Razaleigh) mungkin mengumpan parti untuk buat sesuatu kepada beliau kerana saya nampak dia tidak akan keluar parti. Dia tidak akan buat kesilapan yang sama dua kali ketika keluar parti dahulu, dia mengumpan kepimpinan parti untuk memecatnya atau dikenakan tindakan kerana mahu dianggap sebagai hero."

Selepas berudu bertukar menjadi katak-katak, PKR kehilangan majoriti kerusi parlimen dalam Pakatan Rakyat, ketua mereka pula cepat menyibuk dengan berkata:

“Biasanya parti yang paling banyak anggota Parlimen itu yang diberi penghormatan untuk jadi Ketua Pembangkang tetapi sekarang ini mereka masih memberi penghormatan kepada Datuk Seri Anwar. Mungkin mereka terutamanya PAS tak yakin dengan Lim Kit Siang (Anggota Parlimen Ipoh Timur dan veteran DAP), jadi mereka terpaksalah masih lagi memberi sokongan kepada Anwar.”

Baru-baru ini, tanpa sebarang siasatan dijalankan, ketua mereka terus menyuruh rakyat untuk menilai kredibiliti ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan pendedahan Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengenai rancangan “16 Sept” di Parlimen.


Soalan Cepu Emas:

Sekiranya rakyat betul-betul bijak, beranikah mereka membuat kenyataan-kenyataan seperti di atas tanpa mengambil kira kesan politik terhadap mereka?

Kesimpulannya, terdapat 3 modal politik yang boleh menjamin kemenangan Barisan Nasional pada PRU-13, 1. Kebodohan rakyat, 2. Sikap mudah lupa rakyat dan 3. Pakatan Rakyat membuat kesilapan besar yang tidak boleh dimaafkan.

Sekiranya rakyat dapat menilai prestasi Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional secara adil, dan mengelakkan diri sendiri daripada tertipu oleh media arus perdana, percayalah Barisan Nasional akan dapat dikalahkan dengan ketiadaan modal (1) dan (2) jika dan hanya jika tanggapan (3) tidak berlaku.

----------------------------------------------------------------------

Li Fook Gao ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada staf-staf harakahdaily dalam menjayakan pelancaran web baru pada 22 Mac 2010. Artikel ini hanyalah hasil nukilan imaginasi penulis….


duri - memang pihak-pihak sana selalu b'imaginasi.....Li Fook Gao berterus-terang bhw artikel ni hanya imaginasi...kalau berani kerana benar, ditulisnya terang2 gitu knp??takut rakyat marah sbb die kata rakyat bodoh??sape yang bodoh sebenarnya ni??macam meludah ke langit, terkena muka sndiri...uhuhuuu. Pasal perancangan 916 tu, dia tahu ke sbb apa perlu siasat??dia tahu ke tak kepentingan DYM Agong dan ATM??ke buat-buat bodo??tp kalu pihak2 sana, tak payah buat pun, dh mmg t'nyata...pasal Anwar, kredibiliti dia x payah di sogokkan pada rakyat pun, rakyat blh b'fikir sndiri. kredibiliti dia mmg jatuh bwh par dh pon. Rakyat Malaysia BUKAN bodoh.


No comments:

Post a Comment